RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: yang ertinya: Barangsiapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada haridilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.
Selain mengikut hari tertentu, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor. paling elok, buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan (sila rujuk gambarajah di atas).
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.
moral:
sambil potong kuku pun boleh beribadat.
Menggadaikan Agama Kerana Dunia
-
maksud hadis:
*Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul
di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan me...
ORANG GAGAL - ORANG BERJAYA
-
*Orang gagal tak suka dengar cerita orang berjaya* kerana dia bengkak hati
kerana iri hati. Telinganya menjadi besar dan merah apabila melihat orang
la...
Pakatan's Budget sounds good, but is it realistic?
-
'It would be better if Pakatan can address the reasons why inflation is
rampant viz a viz corruption and how the BN government robs the poor.'
Shadow budge...